Friday, November 27, 2009

PELANGI MALAM


Gambar luar biasa ini berjaya diambil oleh fotografer di North Yorkshire yang menunjukkan pelangi di malam hari. Pelangi itu disebabkan oleh cahaya bulan purnama.

Fotografer Chris Walker mengatakan pelangi itu muncul ketika hujan.Waktu itu menunjukkan bulan sedang penuh dan membelakangi pelangi.

Pelangi biasanya tercipta ketika sinaran matahari dipantulkan oleh titisan air hujan. Namun dalam hal ini cahaya bulan yang menyebabkan munculnya pelangi.


Pelangi bulan purnama merupakan fenomena cukup jarang berlaku dan memerlukan kombinasi langit sangat gelap, bulan kurang dari 42 derajat di langit, dan hujan jatuh di seberang bulan.

Pelangi malam hari itu mengingatkan kita pada Aurora Borealis atau cahaya utara yang menerangi langit malam di daerah kutub dengan pemandangan yang betul2 indah!

LAGU MICHAEL JACKSON


Masih ingatkah lagi korang dengan pemergian raja musik pop dunia Michael Jackson kira-kira satu setengah bulan yang lalu tanggal 25 Jun 2009?Dianggarkan lebih dari 1 milion peminatnya dari seluruh pelusuk dunia meratapi pemergian penyanyi yang popular dengan lagu "You Are Not Alone" itu.

Apapun yang orang disekeliling pikirkan tentang Michael, semuanya sepakat untuk satu hal iaitu Michael menginginkan dunia ini menjadi tempat yang lebih baik. Sepanjang hidupnya sebagai seorang anak seni,dia hidup dengan seluruh hasil karyanya.Dibawah ada 6 hal yang dia ajarkan pada kita pada setiap lagu2 yang dinyanyikannya.

1.(Black or White)hitam atau putih?

Setiap hari di dunia,manusia berperang merebutkan sesuatu. Permasalahan suku kaum, agama ataupun budaya, membuat kita berpecah. Tidak terkira berapa korban manusia akibat peperangan baik langsung maupun tidak langsung. Seharusnya, tidak kisah apakah kita hitam atau putih, kita bersatu dan mencintai satu sama lain sebagai manusia. Manusia dilahirkan berbeza satu sama lain bukan untuk bermusuh musuhan, tetapi untuk saling menghargai dan menghormati antara satu sama lain.


2.(The Man in The Mirror)Mulakan dengan orang di depan kaca

Pernahkan korang berpikiran untuk merubah orang lain untuk menjadi lebih baik atau sebaliknya?Atau malah berpikiran hidup korang akan jauh lebih baik jika lingkungan sekitar korang berubah sesuai dengan yang korang bayangkan.Dunia kita tidaklah sempurna, namun jika korang ingin merubahnya, korang harus memulainya dengan diri korang sendiri. Lihatlah di depan kaca dan mintalah pada orang yang ada di depan kaca tersebut untuk berubah. Hanya itulah satu-satunya jalan untuk kita. Jika kita ingin membuat dunia ini menjadi lebih baik, lihatlah pada diri kita sendiri dan buatlah suatu perubahan.

3.(Heal The World) Sembuhkanlah dunia

Seperti yang dikutip dalam lirik lagunya,“There are children crying and people dying and our world is suffering.” Ketika saat itu manusia belum waspada terhadap isu pemanasan global, Michael lah orang pertama kali menyerukan isu pemanasan global ini. Sekarang bergantung kepada kita semua untuk memperbaiki dunia ini dari pemanasan global, kemiskinan, wabak penyakit, pendidikan dan masalah-masalah lain yang mengganggu kita. Hanya dengan sikap tidak mementingkan diri sendiri dan sikap ambil berat kita lah yang akan membuat dunia ini menjadi lebih baik untuk anak cucu kita kelak dan umat manusia secara keseluruhannya.

4.(You Are Not Alone) Anda Tidak Keseorangan

Pengalaman dan penderitaan penderitaan yang korang alami tidak jauh berbeza dengan orang-orang lainnya. Akan selalu ada pertolongan,dan cinta pada korang meskipun korang pada saat ini tidak memiliki siapa-siapa lagi.Jika korang membaca artikel ini sekarang, bererti korang sedang mendapatkan sokongan dan dorongan apabila mendengar lagu2 yang dinyanyikan Michael Jackson.(Cuba paham betul2 ayat yang dimaksud nih)

5.(Don’t Stop Til You Get Enough)Jangan berhenti sampai anda merasa cukup

Michael meraih suatu pencapaian dan kejayaan yang luar biasa dalam hidupnya. Prestasi-prestasinya seperti perjalanan yang tiada akhirnya. Namun kunci kejayaannya adalah ia tidak berhenti. Dia bekerja sangat keras. Satu hal yang kita boleh pelajari dari Michael tentang keyaannya ialah jika korang menginginkan sesuatu,korang dapat memilikinya selama korang berkeinginan kuat dan bekerja keras untuk mencapainya. Jadi teruskan usaha korang dan jangan pernah berhenti dan cepat berputus asa."setiap kejayaan bermula dari bawah dengan usaha yang gigih".

6.(We Are The World)Kita adalah dunia

Kadang2 mungkin kita berpikir bahawa kita adalah dunia, maka kita tidak akan merasa kesunyian. Satu-satunya cara untuk kita mencapai kesejahteraan adalah jika kita bekerja bersama-sama (teamwork). Satu orang menderita maka kita semua menderita, satu orang berduka maka kita semua berduka. Kita semua terhubung satu sama lain sebagai umat manusia, sehingga jika ada satu orang terluka, sudah menjadi tanggung jawab kita untuk menolongnya. Seperti dikutip dalam lirik lagunya”We are the world, we are the children and we are the ones who make a brighter day, so let’s start giving”.Jadi,Apa yang dapat kita petik dari kisah hidupnya?

Beza Otak Lelaki Dengan Otak Perempuan


KERAMAT CINTA LOMBOK


KUALA LUMPUR: Sikap romantis selain keinginan memenuhi adat keperkasaan lelaki andainya berjaya membawa pulang anak dara dari negara asing ke kampung halaman selepas keluar merantau, menyebabkan kira-kira 600 gadis dari negara ini terperangkap dalam ‘keramat cinta’ pemuda Lombok.

Mereka kini menjadi sebahagian penghuni Pulau Lombok, di timur Indonesia, namun hampir semua gadis yang berusia 13 hingga 30-an itu mengikut kekasih pemuda Lombok yang dikenali ketika lelaki terbabit bekerja di negara ini, atas kerelaan hati masing-masing.

Dipercayai keadaan itu berlaku berikutan lebih setengah juta lelaki daripada 2.5 juta penduduk Pulau Lombok yang majoritinya daripada suku kaum Sasak, berhijrah ke luar negara terutama Malaysia untuk mencari rezeki.

Situasi itu turut menyebabkan sesetengah kampung di pulau itu ketandusan lelaki sehingga terpaksa melantik ketua kampung di kalangan kaum wanita.

Migrasi lelaki dari negara jiran terutama pemuda Lombok kini diibarat satu evolusi atau ‘cross cultural evolution’ yang menyebabkan percampuran budaya apabila penghijrah itu bercampur gaul dengan penduduk negara ini.

Memang benar mereka (pemuda Lombok) berhijrah ke negara ini untuk bekerja, tetapi tidak boleh dinafikan secara biologi mereka juga mempunyai naluri ingin mendampingi wanita.

“Mungkin pilihan termudah yang ada bagi mereka ialah gadis naif di bawah umur. Pada masa sama gadis yang dipilih itu sangat bahagia apabila dilayan dengan pujuk rayu,” katanya apabila diminta mengulas kes membabitkan gadis negara ini yang lari meninggalkan keluarga demi mengikut kekasih mereka ke pulau itu.

Bagaimanapun, kes berkenaan sebenarnya meruntun hati lebih-lebih di kalangan ibu bapa gadis apabila mengetahui anak tersayang lari begitu jauh ke seberang.

Tahun lalu, antara gadis yang terperangkap dalam keramat cinta pemuda Lombok dan kini bergelar isteri ialah Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 14; Nur Liyana Abd Rahim, 19; Noor Fadilah Ahmad, 19; Sanisah Abu Bakar, 34; Nurul Wahida Hamzah, 21, dan Aishah Mokhtar, 28.

Terbaru, seorang pelajar yang juga artis remaja, Salsabila Yunan, 15, atau Bella turut cair dengan pujukan pemuda Lombok dan kini dilaporkan mengandung selepas berkahwin dengan lelaki yang membawanya ke pulau itu, Ogos lalu.

Felo Penyelidikan Utama, Institut Tamadun Alam Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Noriah Mohamed, yang sempat mengadakan kajian di Lombok dipetik berkata, adat istiadat perkahwinan dalam budaya masyarakat Lombok agak pelik kerana bakal pengantin perlu dibawa lari.

“Melarikan gadis yang disukai adalah perkara biasa bagi masyarakat di pulau itu dan ia menjadi tradisi berkurun-kurun lamanya. Tindakan pemuda Lombok melarikan gadis yang mereka cintai adalah bagi menunjukkan sikap kelelakian dan keperkasaan mereka.

“Bagaimanapun, gadis yang mereka larikan tidak akan `dirosakkan’. Minimum masa bakal pengantin perempuan dilarikan ialah tiga hari. Selepas itu, pemuda berkenaan perlu menghantar rombongan meminang pengantin perempuan,” katanya dalam satu laporan.

Bagaimanapun, Pemangku Duta Besar Malaysia di Jakarta, Amran Mohamed Zin, berkata jumlah wanita Malaysia yang dikesan di Lombok tidaklah seramai statistik didakwa Migrant Care itu.

Enggan mendedahkan angka sebenar, beliau berkata, pihak kedutaan memang ada menerima beberapa laporan kes wanita Malaysia berkahwin dan menetap di Lombok.

NAMA TEMPAT TERPANJANG DI DUNIA

korang cubalah sebut...Menurut sumber tu, ini merupakan nama sebuah bukit yang terdapat di New Zealand...Aku baca pelik je nama tu...cam bahasa sesuatu kaum...Ada sesiapa yang faham tak?


Taumatawhakatangih angakoauauotamat eaturipukakpikim aungahoronukupok ai- iwhenuakitanatahu

LEBAH DAN KEMAHIRANNYA


Von-Frisch telah memenangi Hadiah Nobel tahun 1973, dalam kajiannya mengenai sifat, tingkahlaku dan komunikasi lebah.

Seekor lebah yang telah menemui sebuah taman atau bunga baru, akan kembali ke sarangnya dan memberitahu lebah-lebah yang lain lokasi sebenar dan peta ke arah lokasi tersebut, yang dikenali sebagai ‘tarian lebah’.


Pergerakkan tarian lebah ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat di antara lebah pekerja telah diketahui secara saintifik menggunakan fotografi dan kaedah lain. Dalam ayat Al-Qur’an di atas menyatakan bagaimana seekor lebah berkemahiran untuk mencari jalan Tuhannya.

Jantina lebah yang disebutkan dalam ayat di atas merujuk kepada jantina betina, yang bermaksud lebah yang keluar meninggalkan rumah dan mengumpulkan makanan adalah lebah betina. Dalam erti kata yang lain, lebah pekerja adalah lebah betina.


Di dalam cerita Shakespeare, Henry the Fourth, beberapa watak di dalamnya turut bercerita mengenai lebah dan menyatakan lebah adalah tentera dan mereka mempunyai Raja. Ini adalah apa yang difikirkan oleh orang ramai ketika zaman Shakespeare. Mereka menyangka bahawa lebah yang bekerja adalah lebah jantan dan lebah yang pulang ke sarang akan mengadap raja lebah.

Walau bagaimanapun, ini tidak benar. Lebah yang bekerja adalah lebah betina dan mereka tidak mengadap raja lebah tetapi mereka mengadap permaisuri lebah. Penyiasatan moden hanya menemui kejadian ini hanya 300 tahun yang lepas.

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: `Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia`,kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. (An-Nahl, 68-69)

Salam

Welcome